Sep 5, 2012
Perjalanan..
Setelah hampir 3 minggu bercuti, akhirnya....
dalam fikiran ada macam2 benda nak buat. ok, buat slow2 ye. hari ni cadangnya nak buat biskut sikit sebab nak bagi lects mgu depan. lagi pe ye? oh ye, sebelum terlupa pre-reg period utk subjek sem baru hr jumaat nih. ok2. jgn lupa yg tu. penting sangat! buat pizza termasuk dlm list sbb ada yg mengidam. eh?hehe. ok, yg tu subject-to-do hr sabtu. sebelum berangkat ke u yg tercinta. OMG, hampir terlupa ada jwtn baru yg akn disandang rupanya. ok, yg tu aktiviti yg bukan termasuk dlm course. ok2, rupa2nya da naknaik tahun ni ada byk aktiviti dan pelbagai jwtn diberikan ye. tapi i'm cool. insyaAllah. cuma nk bahagikan masa utk ketiga2 perkara tersebut. kalo mcm sem yg lepas2, angklung hr isnin, silat hr isnin selasa. meeting utk bedsa xtentu. depends pd aktiviti. hmm..harap dipermudahkn urusan. aminn.. ^^,
belasungkawa..
da 4 hari kenduri tahlil diadakan di rumah cik saemah. arwah meninggalkn seorg balu, tiada anak. apa pun semoga kakak F tabah meneruskan hidup. steady je penulis tengok dia. dia pendamkan kesedihan dia. penulis tau. mana taknya, dia yg mengadap masa arwah pergi. dan malam sebelumnya, arwah ada ckp akak tu la isteri yg paling tersayang. bayangkan akak tu berkorban demi arwah, pindah balik rumah mak ayah dia (sebelah rumah), arwah pulak meninggalkan kerjayanya sebagai seorang engineer (setelah disahkn doktor cuma punya masa setahun-tahun lepas pindah). ujian demi ujian mereka hadapi bersama. cakaplah duk hospital berapa hari, pasti akak tu pun ada bersama. balik rumah mak mentua akak tu untuk berubat secara tradisional, akak tu pasti ada. memang tak pernah berenggang. kagum dengan sifat yg ada pd kakak tu. namun, hari ahad lepas, Allah da tentukan ajalnya di rumah bapa mentua dan sebelum akhir nafas pernah berwasiat supaya dikebumikan di tanah perkuburan dekat dgn rmh bapa mentuanya. al-Fatihah.
kesimpulan..
terasa hidup ini cuma sesaat. rasanya baru semalam meninggalkan tadika, tp bila diingat, semuanya sesaat. dan apa yg diperoleh, engkau adalah aku, dan aku adalah engkau. begitulah cerminan diri seseorg. kalo mengingatkn seseorg tu ibaratnya kita ingatkn diri sendiri. sbb tulah engkau adalah aku, dan aku adalah engkau. yg membezakan kita adalah iman dan amal. bersifat ihsan kpd diri nescaya nikmat Islam yg sebenar akn kita kecapi. InsyaAllah. amiinn..