May 10, 2013

Sebulan lagi

Assalamu'alaikum semua.

It has been a long time where I didn't post anything right here.
Hari ini terasa nak menaip sesuatu.
Rasa tu datang lagi. Tapi dengan izinNya, rasa itu tersimpan rapi. Hanya pada Dia diri ini memohon. Dipermudahkan segala jalan untuk kami.

Sebulan lagi sesi semester 2 akan berakhir. Ye, masa begitu pantas berlalu. Dengan PRU, dengan ragam pelbagai manusia dan bermacam lagi. Tak semudah itu semua ini berakhir. Biasanya, setiap kesusahan itu diakhiri dengan kejayaan, bukan?

Mungkin ada yang berkata, semangat ku kian luntur. Namun, setiap kali kaki ini melangkah, biar pernah undur setapak ke belakang, kan kupastikan kaki ini akan terus melangkah hingga saat tiba ke destinasi. Cukuplah 2 tahun tanpa henti ini aku memerah otak dan tak sampai sebulan cuti, terus saja memulakan sesi kuliah yang baru. Rasa terkejut, rasa malas dan apa-apa perasaan yang ada terpaksa dikikis demi mengharung lagi satu sem yang penuh warna-warni. Itulah dia.

Tapi.. semester depan bakal menjadi semester akhir bagi siapa yang ingin membuat semester pendek. Hehe. Maka, cukuplah. Nak buat kerja lain pula. Stay cool and strengthen our faith to Him solely.

Nampaknya, tulisan pada hari ini banyak berkenaan dengan study. Bagus3 :) SEKIAN...